Program promosi produk usahawan secara atas talian bersama PIK Kg Luak

25 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Program promosi produk usahawan bersama PIK Kg Luak telah diadakan pada 24 Oktober yang lalu menerusi secara atas talian menggunakan “Streamyard” dan boleh dicapai melalui “Facebook” PIK Kg Luak. Program ini dijalankan bertujuan untuk memberikan peluang kepada para usahawan mempromosikan produk mereka secara atas talian pada umum. Selain itu, para usahawan turut diberikan tips – tips pemasaran yang berkesan untuk menjadi usahawan berjaya secara atas talian. Program ini telah berlangsung selama 1 jam secara atas talian di “Facebook” PIK Kg Luak. Kami amat mengalu – alukan usahawan untuk mempromosikan produk mereka menerusi secara atas talian berikutan perubahan pola “offline” ke “online” pada masa kini. Disamping itu juga, pembeli dapat mengakses produk usahawan promosikan secara berterusan walau dimana sahaja berada. Terdapat banyak kelebihan sekiranya usahawan mempromosikan produk mereka secara atas talian pada masa kini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali